Pernah rasa bertenaga dan hiperaktif apabila mengambil gula dalam kuantiti yang banyak?
Fenomena ini sangat biasa berlaku, terutamanya bila kita makan atau minum sesuatu yang tinggi gula secara tiba-tiba. Masalahnya, ramai tak sedar ia bukan ‘tenaga semulajadi’, tapi hasil daripada lonjakan gula darah yang tidak stabil.Ramai orang bergantung kepada makanan atau minuman manis untuk ‘boost’ tenaga cepat. Contohnya kopi manis, coklat, atau minuman isotonik. Ya, anda akan rasa bertenaga sekejap, tapi beberapa jam kemudian anda mula rasa:
- Lemau
-
Mengantuk
-
Hilang fokus
-
Nak makan lagi!
Inilah yang dinamakan “sugar crash” – satu kesan balas dari badan selepas menerima ‘kejutan manis’.
🔍 APA ITU ‘SUGAR RUSH’ DAN ‘SUGAR CRASH’?
🍬 Sugar Rush
-
Berlaku apabila anda ambil makanan/minuman tinggi gula ringkas
-
Gula diserap terlalu cepat → Paras gula dalam darah naik mendadak
-
Rasa: Segar, aktif, excited, tapi sementara sahaja
😴 Sugar Crash
-
Beberapa jam selepas ‘sugar rush’, paras gula turun mendadak
-
Badan jadi lemah, otak ‘slow’, emosi tak stabil
-
Rasa: Letih, mengantuk, moody, lapar semula — bahaya kalau berulang setiap hari!
🛠️ PENYELESAIAN: Tenaga Stabil Tanpa Gula Berlebihan
Nak tenaga yang lebih konsisten dan tahan lama? Cuba tips ni:
-
Gantikan makanan tinggi gula dengan makanan tinggi serat & protein.
→ Contoh: Oat, telur rebus, kekacang, yogurt asli -
Elakkan minuman manis waktu perut kosong.
→ Lebih baik minum air kosong atau teh/herba tanpa gula -
Ambil buah segar seperti jus buah berbanding snek manis.
→ Buah ada serat yang bantu perlahankan penyerapan gula -
Tukar gula biasa kepada alternatif semula jadi seperti stevia
→ Masih rasa manis, tapi tak ganggu gula darah anda!
Mulakan perubahan kecil hari ini — kurangkan gula tambahan, pilih makanan sebenar, dan dengar apa badan anda cuba beritahu. Nak tahu lebih banyak cara kekal bertenaga tanpa bergantung pada gula?
Baca juga