SPSB adalah satu-satunya syarikat pengeluar Produk Minuman Manis Tanpa Gula di Malaysia yang terletak di Utara Semenanjung iaitu Gurun, Kedah. Mengeluarkan 5 produk minuman utama iaitu Bes Concentrated, Jus, Karbonat, Stevia Ekstrak dan Stevia Liquid.
SEJARAH PENUBUHAN
Ditubuhkan pada 12 Januari 2010 atas nama Ismawara Jaya Enterpise (ROC : AS0326704-U) dengan perniagaan menjual pokok stevia secara kecil-kecilan di Baling, Kedah. Pada tahun 2011 memulakan perniagaan industri minuman secara manual di Lot Kedai di Sungai Petani, Kedah.
Pada tahun 2012 telah berpindah dan menyewa di No. 3, Kawasan Perindustrian IKS KEDA, Gurun, Kedah dengan mempunyai syarikat pemasaran sendiri iaitu Manis Stevia Marketing Enterprise pada 23 Oktober 2012. Telah mendapat khidmat nasihat daripada MOSTI, MARDI dan Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia.
Mentransformasikan Manis Stevia Marketing kepada nama Stevia Product (M) Sdn Bhd – no. pendaftaran 1269452-T pada 22 Februari 2018 dengan menyewa lot tambahan yang terletak bersebelahan iaitu No. 3, Kawasan Perindstrian IKS KEDA, Gurun, Kedah.
Mudah disediakan! hanya perlu goncang dan tambah air sejuk mengikut citarasa anda..